Rabu, 16 November 2016

Cara Mudah Belajar Bahasa Arab Episod 1 Bahagian 1

PENGENALAN
Video - 60 minit
A. Pengenalan feil - 0 - 13 minit
===================================

Salah satu kursus yang popular masakini ialah kursus yang dibuat oleh Ustaz Rusdi Alias..

Ini sebagai permulaan. Video ini ialah bagi mereka yang belum pernah belajar Bahasa Arab.
Kemahiran asas ialah mengenal jenis perkataan itu. Semua perkataan terbahagi kepada 3 jenis:

1. Isim - nama
2. Feil - Perbuatan
3. Haraf - Kata sendi





A. PENGENALAN FEIL - (Diagram Kuning)
(minit - 1 - 13)

Feil dibahagikan kepada 4
1. Feil Madhi - perbuatan yang telas berlaku.
2. Feil Mudore' - sedang dan akan berlaku.
3. Feil Amar - Perintah dan juga Doa. Kalau Allah gunakan perkataan itu, disebut perintah, Tetai kalau kita gunakan perkataan itu dan minta sesuatu dengan Allah, di sebutkan sebagai doa.  
4. Feil Nahi - larangan.
 Bila Allah larang manusia daripada membuat sesuatu, Allah akan gunakan feil Nahi. Ada perkataan "LA"  لاَ
 
Ada juga yang membahagikan feil kepada 3 bahagian sahaja. Kerana Feil Nahi dimasukan didalam feil amar. Feil nahi dianggap perintah yang negative.

Minit 0 -13 pengenalan dan Feil,
--------------------------

B. HARAF JAR (minit 17 - 26)
Haraf atau sendi kata - perkataan yang tidak memberi erti tanpa di himpunkan dengan perkataan lain.
Di dalam pelajaran ini , haraf di letakan didalm diagram warna Pink.

Diantara haraf, itu, haraf jar yang paling popular. Dia didapati didalam setiap ayat Quran.
Dinamakan Haraf Jar, kerana fungsi nya membaris bawah isim yang datang selepas nya.

Haraf Jar ada 9.
مِنْ (dari), contoh : مِنَ المَسْجِدِ(Min al-masjidi; Dari masjid), مِنَ اللٰهِ (Dari Allah)
إِلَى (Ke), contoh : إِلَى المَدْرَسَةِ (Ilaa al-madrasati;ke sekolah) , إِلَى السُّوْقِ (Ke pasar)
عَنْ (Dari), contoh : عَنِ النَّبِيِ(‘Aninnabiyyi ; Dari Nabi) , عَنْ عَلِيٍ (Dari ‘Ali)
عَلَى (Di atas), contoh : عَلى المَكْتَبِ (Diatas meja), عَلىَ الأَرْضِ (diatas bumi)
فِى (Di dalam) , contoh : فِى البَىْتِ (Di dalam rumah), فِى المَسْجِدِ (di dalam masjid)
رُبَّ (Banyak/sedikit), contoh : رُبَّ رَجُلٍ كَرِيْمٍ (banyak pemuda yang mulia)
بِ (Dengan), contoh : بِسْمِ (Dengan Nama), بِالقَلَمِ (dengan pena)
كَ (Seperti), contoh : كالقَمَرِ (Seperti Bulan), كَالأَسَدِ (seperti singa)
لِ (Kepunyaan) , contoh : لِلأُسْتَاذِ (Kepunyaan ustadz/guru)
( diambil dari   http://adinawas.com/)


Selain dari Haraf Jar, diagram warna Pink juga memberi haraf haraf yang lain..
1. Atof        2. Nidak               3. Taukid      4. Jazam
5. Nasob      6. Nafi                 7. Nahi

Kita akan belajar haraf haraf ini kemudian.



Related Posts:

  • KAEDAH PUSAR Kaedah pusar diperkenalkan oleh Ustaz Rusdi, Penerangan di beri didalam Facebook yang di catatkan dibawah... PUSAR Pusar diambil dari 2 suku kata.... - PU - Popular - SAR - bererti SIFIR Popular, seperti ditulis d… Read More
  • Asas Ustaz Rusdi 12 jam siri1/6Mula Hari 1 - Jam Video = 0 minit Video ini panjang, jadi dia dibahagi kepada 5 bahagian, lebihkurang 15 minit, satu bahagian.1. Pengenalana. Ustaz Rusdi memulakan sebuah Tahfiz. Konsep yang digunakan...- hafazan- Bacaan… Read More
  • DIBINA USTAZ RUSDI - ASAS 12 JAMSEDANG DIBINA Untuk kursus asas kita guna video dari 1. Ustaz Roi Ibrahim            2. Ustaz Rusdi AliasClick video yang anda ingin belajar: … Read More
  • KAEDAH PUSAR - RUJUKANBila kita belajar Bahasa Arab dengan Ustaz Rusdi, dia menggunakan kaedah PUSAR. Dulu saya tertanya tanya bagaimana nak mendapatkan buku dan diagram untuk belajarTapi saya terbaca di internet, buku dan diagram boleh di beli di… Read More
  • Harfiyah alQuran Seri 2 Bahagian 2 Lagi.. … Read More

1 ulasan: