Alhamdulliah, kita di video ke 4 oleh Ustaz Roi Ibrahim dalam usaha kita Belajar Bahasa al Quran.
Cara Belajar
1. Sediakan alat tulis dan buku catatan.
2. Baca text Blog dan catat yang perlu
3. Tuntun Video
4. Buka Quran di surah Hafalan dan cari dan catat CONTOH apa yang kita belajar.
Tanda Isim Ke 5 - PERKATAAN SELEPAS Huruf JAR
Sebelum ini kita belajar 4 tanda, ia itu nama, ta marbutah, tanwin dan keempatnya ada alif lam.
1. Tanda kelima ialah ada perkataan selepas huruf JAR (8) adalah Isim.
2. Huruf Jar menyebabkan perkataan Isim selepasnya menjadi (3) - baris kasrah atau huruf ya atau fathah. Bagi asas ini kita ambil satu dulu- kasrah,
Haraf JAR |
3. Huruf JAR (perkataan haraf JAR) ada 9 sahaja, lihat sebelah.
4. Contoh al lail - 19 وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُۥ مِن نِّعْمَةٍۢ تُجْزَىٰٓ- مِن نِّعْمَةٍۢ perkataan nikmatiin itu adalah isim, sebab ada haraf jar sebelum nya. Haraf Jar berfungsi membuatnya berbaris dibawah.
5. Contoh kedua ila - ghofir 10 - إِذْ تُدْعَوْنَ إِلَى ٱلْإِيمَنِ فَتَكْفُرُونَ
perkataan immani ialah isim sebab dia selepas perkataan JAR, ia berbaris bawah sebab sebelumnya haraf JAR.
Kesimpulan: Apabila kita jumpa huruf JAR, yakinlah, kalimah selepasnya pasti ia lah ISIM.
Jadi kita kena hafal 8 Haraf JAR.
VIDEO ASAS 4 - MENGENAL ISIM DENGAN MENGENAL HURUF JAR
0 comments:
Catat Ulasan