Ahad, 8 September 2013

HARAF JAR

Haraf yang popular ialah haraf Jar. Haraf ini berfungsi membaris bawahkan isim yang datang selepas haraf jar.

Link: http://www.youtube.com/watch?v=KX7pD7WSQM0

Contoh
من    - min -- dari

الي   - ila
  عن - an
 على - ala
 فى - fi
 رب  - robbi
 بِى  - bi
  كَ  - ka
 لِ  - li

HOME SCHOOL BAHASA ARAB QURAN 3 - Dhomir Muttasil

Kelas dengan anak disambung dengan memperkenalkan dhomir muttasil. Dhomir atau ganti nama ada tiga jenis,
1. munfasil - yang bercerai, ianya satu perkataan, seperti aku, kami - ana dan nahnu.
2. muttasil - bersambung. Ianya melekat kepada isim (kata nama) atau fael (perbuatan)
3. mustatir - ianya tersembunyi - perbuatan didalam bahasa Arab pada umumnya mempunyai dhomir tersembunyi. contoh-  أَقُوْمُ بِوَاجِبِيْ - perkataan aqumu, mempunyai dhomir bermaksud aku dirikan.

 Pelajaran hari ini ialah dhomir muttasil seperi dibawah..


Kalau didalam Bahasa Inggeris, kita gunakan- my, seperti my car - kereta saya.  Yang bermaksud- saya punya kereta.

Dalam Bahsa Arab, ianya membawa maksud yang sama, cuma ianya disambung dengan Isim (kata nama)

Kalau ianya  disambung dengan perbuatan (fael), ianya memberi maksud yang lain. Ianya menjadi yang kena buat.. kalau perkataan makan.. yang kena makan.

Sabtu, 7 September 2013

HOME SCHOOL BAHASA ARAB QURAN 4 - ISIM POPULAR - JENIS

Malam ini belajar tentang isim popular, nama yang diberi oleh ustaz Rosdi Alias didalam kelasnya.

Pada umum nya isim dapat dikenali dengan melihat beberapa tanda, seperti ada huruf alif lam, ada tanwin atau berbaris dibawah. Tetapi isim popular tidak mempunyai tanda tanda ini. Kita kenal dia sebagai isim kerana ianya popular.

Jenis Jenis isim popular:

1. Domir - ganti nama - saya, dia, mereka....
2. isim isyarah - isim tunjuk.- disitu, disini...
3. isim mausul - penyambung - orang orang yang, dia yang,
4. isim istifham - pertanyaan - dimana, berapa, kenapa?.
5. Zorah - didepan, dahulu, semalam, esok, ditepi ...

Kita mulakan dengan ISIM Mausul...

http://www.youtube.com/watch?v=TMWrljUKzxk




CABANGAN DHOMIR

Dhomir, atau ganti nama diri boleh terbagi kepada tiga bahagian:

1. Dhomir Munfasil - Perkataan dhomir yang berpisah dari perkataan lain.


2. Dhomir Muttasir - Perkataan dhomir yang di tulis bersambung dengan perkataan lain.


3. Dhomir Mustatir - Dhomir ada pada makna tetapi tiad pada tulisan.











Reference: http ://badaronline.com/dasar/bahasa-arab-dasar-17-dhomir-kata-ganti-orang.html

HARAF

Di sini kita akan berkongsi belajar berkenaan dengan Haraf.

Haraf adalah kalimat (kata) yang bukan isim dan juga fi'il (bukan kata benda, nama, sifat bukan pekerjaan) contoh kata sambung مِنْ اِلَى عَلَى فِى (didalam, diatas, ke, dari).

Haraf boleh dibahagikan kepada beberapa jenis


PelajaranTopikPosts
--
1Pengenalan
2
Jenis Jenis Haraf
Jenis
3
Haraf JAR
Jar 1//
4
Haraf Nasab
Nasab 1/
5
Haraf Jazam
6
Haraf Taukid
7
Haraf Qasam
8
Haraf Syarat
9
Zorof Makan
10
Zorof Zaman
11
11.
12
12. 
13
13. 
1414
15
15.
16
16.

1717
1818s

Slides Resources
Other Resources

++

ISIM DHOMIR


Posting Berkenaan Dengan Dhomir
Makna Dhomir - Dhomir ia lah ganti nama, kalau dalam bahasa melayu - saya, dia, engkau dll.  

PelajaranTopikPosts
--
1
Pengenalan
2
Cabangan Dhomir
Cabangan Dhomir
3
Untuk Lelaki
Pelajaran 1
4
4.
5
5. 
6
6. 
7
7. 
8
8.
9
9. 
10
10. 
11
11.
12
12. 
13
13. 
1414
15
15.
16
16.

1717
1818s

Slides Resources
Other Resources

++

Jumaat, 30 Ogos 2013

HOME SCHOOL BAHASA ARAB QURAN 2 DHOMIR

Dhomir atau ganti nama boleh di bahagi kepada dhomir bercerai atau bersambung.

Bercerai seperti ANA, ANTA ATAU ANTOM...

Bersambung apabila disambungkan dengan ISIM seperti .... KITABI - Kitab Saya.


  
Pada malam ini, kita belajar dhomir untuk lelaki saja dulu.

Kemudian kita akan melihat ayat yang kita baca malam ini dan mencari dhomir yang kita belajar.
Selepas itu kita akan tulis dhomir itu dan makna nya sekali..

selamat belajar..

Khamis, 29 Ogos 2013

Home School - Bahasa Arab Quran 1- Dhomir

Dalam usaha belajar memahami Quran, insyaAllah saya akn bersama dengan anak belajar bersaya. Saya bukan lah ahli dalam bidang ini, tetapi ini merupakan usaha belajar bersama sama.

Kaedah/ Methodology.

1. Berbincang berkenaaan dengan topic / Discuss the topic.

2. Baca Quran dan CARIKAN perkataan yang kita belajar atau telah belajar.

3. Tuliskan didalam " Diary Pelajaran".

4. CARI Perkataan Arab yang di MELAYUKAN.

5. Tulis didalam "Diary Pelajaran"

InsyaAllah, sedikit demi sedikit kita akan belajar.

HOME SCHOOL 1 - Belajar Domir


Dalam Bahasa Arab, perkataan dibahagikan kepada 3 , Fiil, Isim dan Haraf.

Domir atau ganti nama adalah isim.
Domir boleh dibahagikan kepada 3 bahagian - orang pertama (yang bercakap)
                                                               - orang kedua yang ditujukan percakapan.
                                                               - orang ketiga yang tiada disitu.

CONTOH... orang kedua..
- kalau kita bercakap kepada seorang lelaki -- awak - anta.
- kalau bercakap kepada wanita seorang - anti..

sekian..

Reference..
http://fazakkeer.blogspot.com/2012/02/bahasa-arab-dhomair-kata-ganti-nama.html





Khamis, 22 Ogos 2013

Pengenalan Isim

Untuk memperkenalkan Isin, saya pilih sebuah Youtube Video dari Bahasa Melayu Indonesia..

a. Belajar makna Isim.
b. Pembahagian Isim kepada muzakar (lelaki) dan mu-annas (perempuan)
   - contoh contoh muzakar dan mu-annas, nama nama orang, ta' marbutah - pada nama wanita.

c. Bilangan Isim / Jumlah Isim - mufrad (1), musaan (2), jama' - banyak (>2)

d. Jenis jenis Jama' -- muzakkar salim, muannas salim dan Jama' Taksir. Kita akan belajar cara cara yang digunakan membena perkataan dari mufrad kepada jama' . Jama' taksir tidak mempunyai keadaan dan kita kena menghafal.

http://www.youtube.com/watch?v=yB9GntQd1q8


Pembahagian Kata

Perkataan dalam Bahasa Arab terbahagi kepada 3,
Perbuatan,
Kata Benda
Haraf.

Ini diterangkan dengan jelas di dalm video berikut..

https://www.facebook.com/photo.php?v=164362853601082&set=vb.122127134513181&type=2&theater