Ustaz Roi membawa cara yang mudah memahami Bahasa Arab Quran.
Ambil masa lebih kurang 15 minit atau setengah jam, jika anda menulis dan mencatat pelajaran anda
Perkataan Arab terbahagi kepada 3 bahagian:
- Isim
- Fael
- Haraf
Belajar Memahami AlQuran dan Bahasa Arab MENU MASIH DIDALAM PEMBINAAN
Ustaz Roi membawa cara yang mudah memahami Bahasa Arab Quran.
Ambil masa lebih kurang 15 minit atau setengah jam, jika anda menulis dan mencatat pelajaran anda
Perkataan Arab terbahagi kepada 3 bahagian:
- Isim
- Fael
- Haraf
Assalamu alaikum,
Tahun 2021 ini, saya akan menggunakan pendekatan baru dalam belajar Bahasa Arab Quran. Ini perubahan baru...
A. Perubahan pada Blog
1. Tukar alamat dari furqan-learnquran.blogspot.com kepada https://bahasaarabquranfurqan.blogspot.com/
2. Tukar theme kepada yang baru.
3.Buat blog lebih phone friendly. Yang dulu desktop friendly.
B. Pendekatan belajar Bahasa Quran.
1. Asas, bagi yang belum pernak belajar, mereka kena membina asasnya. Saya mencadangkan menggunakan youtube video, - ustaz Roi Ibrahim dan Rusdi Alia 12 jam.
Dulu saya mencadangkan Ustaz Fakhrudin, tapindia mengguna cara yang lebih sesuai dengan yang berumur.
2. Faham Asas Bahasa Arab, Dengan menggunakan video di nbr 1, anda sudah faham asas Bahasa Arab, faham Isim, Fael dan Haraf
C. Terus Belajar dengan menggunakan surah surah Hafalan . Apa yang kita akan buat ialah:
1. mencari perkataan Bahasa Melayu.
2. mencari ayat ayat lazim dan faham dan ingat maknanya.
3. Membaca surah hafalan dan mencatat perkataan yang kita mahu tahu maknanya.
Ayat Hafalan yang saya pilih...
1. Juz Amma
2. Al Kahfi ayat 10 awal dan 10 akhir
3. Surah Lokman
4. Surah Sajadah
5. Surah Yasin
6. Surah Duhan
7. Surah Waa qiah.
8. AlMulk
Dijangka proses pembelajaran Bahasa Arab Quran ini sampai hujung 2022.
D. Kita Belajar
Pelajaran kita di bina seperti berikut..
1. Belajar Asas
2.Belajar Haraf dan Isim yang popular
3. Isim dan Feel
4. Membina vocab, perkataan yang kita tahu makna nya.
Salah satu cara kita belajar memahami Bahasa Arab Quran ialah dengan memahami kata lazim, ia itu perkataan yang selalu diulang ulang dalam alQuran.
Perkataan yang kita pilih ialah Allah ٱللَّهَ.
Disini kita cari sifat sifat Allah dan apa yang Allah lakukan, kata kerja, verbs yang Allah lakukan.
Cara Belajar.
1. Baca Quran - Surah Hafalan Contoh Surah Lokman (31)
2. Sedia kan buku nota - catatkan perkataan Allah dan perkataan yang bersama nya.
3. Penuhkan sampai 10 perkataan.
4. Cari makna dan tuliskan
CONTOH ...Surah Lokman ( anda munkin surah yang lain)
1. (mukasurat 411 ayat 6) سَبِيلِ ٱللَّهِ
2. Ms 414 ayat 9 وَعْدَ ٱللَّهِ حَقًّۭا
3. ayat 11 خَلْقُ ٱللَّهِ
4. muka surat 412/12 ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌۭ
5. ms 412/16 ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌۭ
6. ayat 18 ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ
7. ms 413 /20 فِى ٱللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍۢ
8. ayat 23 ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ
9. ayat 26 ٱللَّهَ هُوَ ٱلْغَنِىُّ ٱلْحَمِيدُ
10. ayat 27 إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌۭ
Kita akan dapati huruf Allah berbaris , atas, bawah atau depan. Memang tak ada berbaris mati, sebab isim tak ada baris mati.
Tugas selanjutnya, mencari makna perkataan di atas.
Pada 5 Jun 2021, saya mencari makna nya...
1. (mukasurat 411 ayat 6) سَبِيلِ ٱللَّهِ - Allah jalan
2. Ms 414 ayat 9 وَعْدَ ٱللَّهِ حَقًّۭا (benar Allah janji) -
3. ayat 11 خَلْقُ ٱللَّهِ (Allah Ciptaan)
4. muka surat 412/12 ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌۭ ( Roni = Maha Kaya) (hamiid = Maha terpuji)
5. ms 412/16 ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌۭ (latif = maha menghalusi) ( khobir = maha mengtahui)
6. ayat 18 ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ (la yuhibu = tak suka)
7. ms 413 /20 فِى ٱللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍۢ ( bi-groiri = dengan tanpa) ('almi - ilmu)
8. ayat 23 ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ( alim = maha mengetahui) ( bizati = dengan yg ada)(sur =dada)
9. ayat 26 ٱللَّهَ هُوَ ٱلْغَنِىُّ ٱلْحَمِيدُ - bertindih
10. ayat 27 إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌۭ - (aziz =maha perkasa) ( hakim= Maha bijaksana)
Banyak lagi perkataan sebegini didalam Quran. Sila lengkapkan.
Satu cara baru untuk kita faham alQuran ialah dengan memahami Kata Lazim.
Perkataan ini ,yang biasa didapati didalam quran dan kebanyakan kita tahu dan faham maknanya.
Dari perkataan ini kita catatkan sifatnya dan perbuatan nya yang tertulis.
Perkataan yang di kira sebagai lazim yang di pilih ialah:
Allah ٱللَّهِ
Kafara (kafir) كَفَرَ
Azab .......:عَذَابٍ
Kaulan ...: قَوْلًۭا
jannah ........ : جَنَّتُ
syaittan ........... : ٱلشَّيْطَنُ
Orang beriman ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟
Orang Kafir ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟
Kalau kita yang tahu, perbuatannya, maka huruf Isim itu berbari diatas. Contok, ayat Surah Sajadah 32:4
ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَوَتِ وَٱلْأَرْضَ
Perkataan Allah berbaris diatas - bermakna Allah itu pelaku, yang melakukan sesuatu. Apa Dia buat?.
Pebuatan dia kholaqa, berbaris diatas.
Assalamu alaikum, saya di perkenalkan kepada seorang Ustaz yang mengajar Bahasa Arab al Quran, dan video nya dimasukkan kedalam Youtube.
Tuan/Puan bole buat carian di Youtube: "
Saya paparkan kuliah pertama ustaz.
Salah satu perkara yang kena buat bila belajar memahami Bahasa Arab alQuran ialah memahami perkataan LAZIM, yang banyak diulang ulang didalam Quran.
Saya beri dua contoh .... perkataan qoulan قولا dan Allah... الله.
Apabila kita membaca quran, sediakan nota sebelah, dan apabila perkataan yang kita pilih, kita catatkan perkataan itu, mukasurat dan ayat berapa. Maknanya kita cari kemudian
dan
dan makna perkataan itu kita cari kemudian.
Di sini saya beri dua contoh, banyak lagi perkataan yang di ulang ulang..
Alhamdullilah, Ustaz Rusdi Alias membuat Kelas online online di bulan Ramadhan tahun ini.. Bila saya tengok rakaman dia, saya kira Tahap Tinggi.
Surah Al- Anfal, bercerita tentang rampasan perang. Semasa Perang Badar, orang Islam menang, dan ada perselisihan tentang pembahagian rampas perang. Orang yang berselisih pergi berjumpa nabi, dan Allah memberi jawapan didalam surah ini.
MASIH MENULIS......
Apabila 2 perkataan Isim duduk berdampingan, ada 2 kebarangkalian, mudhof dan mudhoful ilaih ATAU Ma'suf Sifat. Macam mana nak kenal?
1. Mudhof dan mudhoful ilaih - tak ada alif lam dan tak ada tanwin.
2. Ma'suf sifat - dua perkataan mempunyai 4 persamaan.- jentina, bilangan, alif lam dan baris.
. .Lama tertinggal, kadang kadang terlupa.
Assalamu alaikum, rupanya Bahasa Arab banyak rules dia. Ini rules untuk baris pada hujung perkataan isim. (kata nama )(noun).
Isim boleh berbaris salah satu dari 3, baris atas, bawah atau depan. tidak munkin isim berbari mati. Dari sebutan , ya barisnya boleh di baca mati.
Penggunaan Corpus, The Quranic Arabic Corpus, membuka perbendaharaan kata kata didalam Quran.
Sila buka: .... https://corpus.quran.com/wordmorphology.jsp?location=(2:14:8)
atau https://corpus.quran.com/
Saya ambil satu perkataan khalau..
Ini yang anda dapat.