Khamis, 30 Januari 2014

Al Baqarah 17

Pada hari Sabtu lepas, 25 Jan 2014, kelas Bahasa Arab di masjid belajar tentang ayat 17 surah Al Baqarah..

Tapi sebelum itu kami mengupas ayat 152 surah al AnAM yang berbunyi....

وَلَا تَقْرَبُوا۟ مَالَ ٱلْيَتِيمِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ 

Perkataan yang di bincangkan ia lah yang bermaksud...تَقْرَبُوا۟ "kamu mendekati"  


   dekat atau rapat  قَرِبَ    --- قَرِيبَ 


مَالَ  (harta2)  --- (harta) أَمْوَألَ
Selepas itu ayat albaqarah 17.

   مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًۭا فَلَمَّآ أَضَآءَتْ مَا حَوْلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِى ظُلُمَتٍۢ لَّا يُبْصِرُونَ

مَثَلُهُمْ  - perumpamaan mereka
كَمَثَلِ  - seperti umpama
ٱلَّذِى - yang
 ٱسْتَوْقَدَ - ia menyalakan
 نَارًۭا - api
 فَلَمَّآ  - maka apabila
أَضَآءَتْ - ia menyinari
مَا حَوْلَهُۥ - apa yang dikeliling mereka
 ذَهَبَ - ia mengilangkan
 ٱللَّهُ  - allah ( faa'il)
بِنُورِهِمْ - dengan api mereka
 وَتَرَكَهُمْ  - dan ia membiarkan mereka
فِى ظُلُمَتٍۢ - didalam kegelapan..
لَّا يُبْصِرُونَ - tidak mereka melihat..

Rabu, 29 Januari 2014

Tanda tanda Isim

Isim, atau dalam Bahasa Melayu, kata benda, pada UMUMnya mempunyai beberapa ciri. Walaupun begitu, ada juga Isim yang tidak memakai kaedah dan tidak mempunyai ciri ciri tersebut..

Ciri Isim adalah...
Tanda Kalimat Isim Ciri-ciri isim (kata benda) ada 4 ;
1.Berakhiran tanwin
2.Diawali alif lam
3.Dimasuki huruf jar (min,ila,fi..dst)
4.Menunjukkan makna benda
Isim berikut tidak menggunakan ciri tersebut, dan oleh di kategorikan sebagai Isim popular...

Contoh...
- dhomir atau ganti nama..
- Isim Isyarah
- Isim mausul
- Istifham


Sabtu, 18 Januari 2014

Isim Istifham (Isim Tanya)

Isim Istifham (  الاستفهامُ   )digunakan untuk bertanya. Pertanyaan boleh melibatkan beberapa cara, seperti
- apa?
- kenapa?,
- bila?
- bagaimana?
- siapa?
- dimana?

Kita mulakan dengan perkataa apa, atau    ما
Ia digunakan untuk benda benda yang tidak berakal.



Perkattan MA atau  ما adalah bersifat umum dan digunakan untuk muzakar atau muannas..
isim muzakkar (اسم المذكر) dan isim mu'annas (اسم المؤنث )


(lampu)ما هذا ..   هذا قلم  / كتاب  / دفتر  / مصباح  


YANG JAUH
Untuk benda yang jauh, kita menggunakan perkataan zlika...


ما ذلك  -  ذلك   كرسي  

Untuk muannas سم المؤنث )
ما هذهِ ...  هذهِ سبورة.... هذهِ  سيارة 

ما  تلك ... تلك مدرسة



Lain Lain perkataan istifham ialah...
وأمَّا الاستفهامُ، فهوَ طَلَبُ العلْمِ بشيءٍ، وأدواتُه الهمزةُ، و(هلْ)، و(ما)، و(مَنْ)، و(متى)، و(أيَّانَ)، و(كيفَ)، و(أينَ)، و(أنَّى)، و(كمْ)، و(أيُّ).

Khamis, 16 Januari 2014

Isim Isyarah

Sebuah video dari Indonesia membicarakan tentang Isim Isyarah....


 1. Untuk Jarak dekat / Lelaki
Haza...  هذا
 اسم  مذكر  khusus untuk lelaki
Contoh:  هذا  قلم    inin sebuah pen
Salah ....  هذا  سبورة  sebab haza khas untuk lelaki walhal sabuurotun itu perempuan

2. Untuk Jarak Jauh  -- Lelaki
Zalika  ....ذلك
Cotoh ...ذلك مِصْبَاحٌ

Sabtu, 11 Januari 2014

Haraf Nasab الناصبه

Haraf  (الناصبه) yang menasabkan fiil mudorek yang datang selepas haraf tersebut...

Tanda nasab ada lima, yaitu:
1. Fathah ( فتحة ), contoh : رايت زيدا 2.
2. Alif ( الف ), contoh: رايت اباك 3.
3. Kasroh ( كسرة ), contoh: رايت الهندات 4.
4.Ya’ ( ياء ), contoh:
زيدين رايت 5. Buang Nun ( حذف النون ), contoh: لن يضر بوا


Contoh Haraf Nasab


ان. لن. اذا. كى. لام كى. لام الجهود. حتى. الجواب بالفاء. الواو. واو


Ahad, 6 Oktober 2013

BAHASA ARAB QURAN 7 - Zorof

Salah satu isim yang popular ia lah zorof. الظرف

Kaedah mengenal perkataan zorof, tidak mengikut keadah pengenalan isim lain dengan adanya tanwin dan alif lam. Kita kena hafal dan tahu perkataan perkataan zorof itu.

Zorof ada dua jenis ...

1. Zorof tempat -- zorof makan

2. Zorof masa -- zorof zaman ..


 

Ahad, 15 September 2013

HOME SCHOOL BAHASA ARAB QURAN 6 - Isim Isyarah

Isi Isyarah ialah isim kata tunjuk. Kala dalam Bahasa Melayu kita menggunakan perkataan..

- disini - untuk benda yang dekat.
- disana - untuk benda yang jauh.

Tetapi didalam bahasa Arab ianya agak complex disebabkan oleh jantina dan bilangan.
Isim Isyarah dibahagikan kepada dua..
- Dekat dan Jauh
_ Dekat - ada muzakar dan muannath dan lain bilangan ... satu , dua dan jama'

.
Video ..

Jumaat, 13 September 2013

HOME SCHOOL BAHASA ARAB QURAN 5 - Isim Mausul

Isim mausul merupahan Isim yang menyambung dua idea yang berkait.

Dalam Bahasa Melayu, kita ada perkataan "YANG". Kerana Bahasa Melayu tidak mempunyai Jumlah, singular atau plural, jadi kita tidak mempunyai banyak isim ini. Tetapi, Bahasa Arab mempunyai banyak perkataan Isim Mausul kerana bilangan dan jentina.

- seorang --- lelaki ---   al-lazie -  
- jama, ----- lelaki ---  al- lazie na.
Pelajaran dengan anak..

Selasa, 10 September 2013

Tanda Tanda Kalimah itu Isim (Kata Nama)

Apa bila kita membaca Quran, perkataan didalam ayat al Quran itu kita kenali ianya ialah Isim atau Kata Nama berpandukan kepada beberapa tanda ia itu:

Tanda Kalimat Isim
Ciri-ciri isim (kata benda) ada 4 ;
1.Berakhiran tanwin
2.Diawali alif lam
3.Perkataan selepas huruf jar (min,ila,fi..dst)
4.Menunjukkan makna benda.

https://www.facebook.com/photo.php?v=164594313577936&set=vb.122127134513181&type=2&theater

Saya suka approach Ustaz Rosdi yang fokus kepada isim popular, ia itu
- Domir
- Isim Isyarah
- Isim Mausul
- Isim Istifham
- Zorah - zaman atau makan.

Untuk perkataan Isim, kita kena tahu...
- bilangan nya - 1, 2 atau banyak
- jantina nya - lelaki atau perempuan
- pembuat atau kena buat ( contoh - pembunuh atau kena bunuh)
- mudof/mudofun alai-eh atau mafhum sifat

belajat terus belajar..

Ahad, 8 September 2013

HARAF JAR

Haraf yang popular ialah haraf Jar. Haraf ini berfungsi membaris bawahkan isim yang datang selepas haraf jar.

Link: http://www.youtube.com/watch?v=KX7pD7WSQM0

Contoh
من    - min -- dari

الي   - ila
  عن - an
 على - ala
 فى - fi
 رب  - robbi
 بِى  - bi
  كَ  - ka
 لِ  - li