Sabtu, 12 April 2014

Bahasa Arab Asas - Ustaz Rosdi Alias - Bahagian 1- 2 Yaasin





Saya mengikuti pengajaran ustaz Rusdi di Youtube..
Minit 0 - 6 - Berkenaan Feel
                    Dibahagi kepada 4 bahagian -
                         1. Feel madhi - perbuatan yang tleh berlaku (kata asas Arab)
                         2. Feel Modorek - yang sedang atau akan berlaku.
                         3. Feel Amar - perintah atau permohonan.
                         4. Feel Nahi - Larangan - Lawan dari perintah suruh buat.

Minit 7 - 60  - Tafsiran surah Yaasin dari ayat 1 hingga 8.  

Surah Yasiin

1 ‏يسٓ ‎

2 ‏وَٱلْقُرْءَانِ ٱلْحَكِيمِ ‎
Demi  (haraf sumpah) alquran (isim) yang penuh nikmat (isim)
3 ‏إِنَّكَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ ‎
Sesungguhnya (haraf taukid) engkau (isim domir mutasil) sungguh (haraf taukid) dari (haraf jar) utusan2 (isim, ada ٱلْ )
4 ‏عَلَىٰ صِرَطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ ‎
Diatas (H jar) jalan (Isim tanwin lepas H jar) yang lurus (isim bawah)
5 ‏تَنزِيلَ ٱلْعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ ‎
Penurunan (isim bersandar mudof) dari Maha Perkasa (isim ada ٱلْ mudofun alai'eh) yang maha penyayang (sifat). 
6 ‏لِتُنذِرَ قَوْمًۭا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمْ فَهُمْ غَفِلُونَ ‎
Supaya (haraf) engkau memberi peringatan (fiil, ) satu kaum  (isim tanwin) tidak (haraf nahi) diberi peringatan (fiil)  nenek moyang (isim, mudof)  mereka maka mereka orang orang yang lalai
7 ‏لَقَدْ حَقَّ ٱلْقَوْلُ عَلَىٰٓ أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ‎
Demi sesungguh nya (taukid) ia telah behak (madhi) ketetapan itu (isim ) diatas (haraf jar) kebanyakan (isim)  mereka maka mereka tidak (haraf nahi) mereka beriman (fiil modore'). (48)
8 ‏إِنَّا جَعَلْنَا فِىٓ أَعْنَقِهِمْ أَغْلَلًۭا فَهِىَ إِلَى ٱلْأَذْقَانِ فَهُم مُّقْمَحُونَ ‎
sesungguh nya kami (domir muttasil), kami telah menjadikan (fail madhi) pada tengguk tenguk (isim modof) mereka, belenggu belenggu (isim ) pada ia hingga dagu dagu, maka mereka orang orang yang mendonggak. (isim)    



Khamis, 3 April 2014

Dhomir Nasab



Selasa, 11 Mac 2014

Isim Nakirah dan Makrifah

Kalau anda biasa berbahasa Inggeris, anda akan faham dengan penggunaan perkataan "THE". Contoh.. a house dan the house. Dalam bahasa Melayu, kita hanya menggunakan perkataan... 'sebuah rumah' dan 'rumah itu'.

Didalam bahasa Arab, penggunaan Isim Nakirah dan Isim Makrifah ( الْنَّكِرَةُ وَالْمَعْرِفَةُ) dipakai untuk membezakan yang kita belum kenal atau sudah kena.

- Isim Nakirah - belum kenal - contoh seorang budak..
- Isim Makrifah - sudah dikenali - budak itu.

Contoh:
1. مِفْتَاحٌ - /miftah/  (kunci)
2. وَلَدٌ - /walad/  (anak lelaki)
3. حِمَارٌ - /himaar/  (keledai)
4. كِتَابٌ - /kitaab/  (buku)

Apabila menjadi isim Makrifah, yang mana kita bercakap tertumpa kepada seorang atau sesuatu yang kita sudah ketahui, maka alif- lam akan ditambah...

المِفْتَاحٌ - /al-miftah/ the key (kunci itu)
الوَلَدٌ - /al-walad/ the boy (anak lelaki itu)
الحِمَارٌ - /al-himar/ the donkey (keledai itu)
الكِتَابٌ - /al-kitab/ the book (buku itu)


Selasa, 11 Februari 2014

Surah 67 Al-Mulk

Saya mencoba menghafal surah al Mulk dan memahami maknanya.

1 ‏تَبَرَكَ - maha berkat
ٱلَّذِى - dia yang
 بِيَدِهِ - dengan tangan dia
 ٱلْمُلْكُ - kekuasaan / kerajaan
 وَهُوَ - dan dia
عَلَىٰ - diatas
 كُلِّ - setiap
شَىْءٍۢ  - sesuatu
قَدِيرٌ - kuasa.


Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

2. 2 ‏ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ

2
 ‏ٱلَّذِى  - yang
خَلَقَ  - ia mencipta
 ٱلْمَوْتَ - kematian itu
 وَٱلْحَيَوٰةَ - dan kehidupan itu
 لِيَبْلُوَكُمْ - supaya ia menguji kamu semua
 أَيُّكُمْ - siap diantara kamu
 أَحْسَنُ - lebih baik
 عَمَلًۭا ۚ - amalan
 وَهُوَ - dan dia
 ٱلْعَزِيزُ  - maha perkasa
ٱلْغَفُورُ - maha pengampun.

Saya nak tumpukan kepada dua perkataan terakhir,   ٱلْعَزِيزُ لْغَفُورُ -
. Kita mampak dua isim yang berdampingan, di-sini dinamakan sebagai mausuf sifat. موصف صفة. Kalau bahasa Melayu, kita kata "baju biru" . Biru itu sebagai sifat. Kita dapati ianya mempunyai ciri ciri berikut:
1. jintina yang sama.
2. bilangan yang sama
3.isim nakirah atau makrifah.
4. baris akhir yang sama.



Isnin, 3 Februari 2014

Fiel atau Kata Kerja Pengenalan

Hari ini kita meneliti video dari Ustaz Alias...


Ia nya di petik dari Youtube  video, Dari minit 7 hingga 15.

Fiel atau kata kerja dibahagi kepada 4, ia itu...

- fiel madhi
- fiel mudore'
- fiel amar
- fiel nahi

1. fiel madhi - untuk perbuatan yang telah berlaku. Ia merupakan perkataan asas dalam Bahasa Arab. Ia nya boleh dipecahkan kepada dua, maklum dan majrul.

Fiel maklum, bila pelakunya diketahui...  Kalau pelakunya tidak diketahui, ia nya dipanggil fiel madhi majrul.. Contoh... Muhammad menulis pelajarannya... dan dalam bahasa arab ia ditulis...
 كَتَبَ مَحَمَّدٌ الدَّرْسَ  

Kalau pelakunya tidak di ketaui, ianya dipanggil fiel madhi majrul...  الفعل المجهول
-contoh ... Zai'id telah dipukul ...  ضُرِبَ زَيْدٌ
Penambahan dihujung.

2. Modore' - Yang sedang berlaku dan yang akan berlaku. Penambahan di awal.

3. Tidak berkait dengan masa - suruhan atau perintah atau doa doa kita atau permohonan atau rayuan.

4. Nahi - larangan dengan perkataan LA, seperti larangan makan harta anak anak yatim. Doa boleh dalam bentuk Nahi, seperti contoh "Jangan lah jadikan kami orang orang yang rugi" 

Khamis, 30 Januari 2014

Al Baqarah 17

Pada hari Sabtu lepas, 25 Jan 2014, kelas Bahasa Arab di masjid belajar tentang ayat 17 surah Al Baqarah..

Tapi sebelum itu kami mengupas ayat 152 surah al AnAM yang berbunyi....

وَلَا تَقْرَبُوا۟ مَالَ ٱلْيَتِيمِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ 

Perkataan yang di bincangkan ia lah yang bermaksud...تَقْرَبُوا۟ "kamu mendekati"  


   dekat atau rapat  قَرِبَ    --- قَرِيبَ 


مَالَ  (harta2)  --- (harta) أَمْوَألَ
Selepas itu ayat albaqarah 17.

   مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًۭا فَلَمَّآ أَضَآءَتْ مَا حَوْلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِى ظُلُمَتٍۢ لَّا يُبْصِرُونَ

مَثَلُهُمْ  - perumpamaan mereka
كَمَثَلِ  - seperti umpama
ٱلَّذِى - yang
 ٱسْتَوْقَدَ - ia menyalakan
 نَارًۭا - api
 فَلَمَّآ  - maka apabila
أَضَآءَتْ - ia menyinari
مَا حَوْلَهُۥ - apa yang dikeliling mereka
 ذَهَبَ - ia mengilangkan
 ٱللَّهُ  - allah ( faa'il)
بِنُورِهِمْ - dengan api mereka
 وَتَرَكَهُمْ  - dan ia membiarkan mereka
فِى ظُلُمَتٍۢ - didalam kegelapan..
لَّا يُبْصِرُونَ - tidak mereka melihat..

Rabu, 29 Januari 2014

Tanda tanda Isim

Isim, atau dalam Bahasa Melayu, kata benda, pada UMUMnya mempunyai beberapa ciri. Walaupun begitu, ada juga Isim yang tidak memakai kaedah dan tidak mempunyai ciri ciri tersebut..

Ciri Isim adalah...
Tanda Kalimat Isim Ciri-ciri isim (kata benda) ada 4 ;
1.Berakhiran tanwin
2.Diawali alif lam
3.Dimasuki huruf jar (min,ila,fi..dst)
4.Menunjukkan makna benda
Isim berikut tidak menggunakan ciri tersebut, dan oleh di kategorikan sebagai Isim popular...

Contoh...
- dhomir atau ganti nama..
- Isim Isyarah
- Isim mausul
- Istifham


Sabtu, 18 Januari 2014

Isim Istifham (Isim Tanya)

Isim Istifham (  الاستفهامُ   )digunakan untuk bertanya. Pertanyaan boleh melibatkan beberapa cara, seperti
- apa?
- kenapa?,
- bila?
- bagaimana?
- siapa?
- dimana?

Kita mulakan dengan perkataa apa, atau    ما
Ia digunakan untuk benda benda yang tidak berakal.



Perkattan MA atau  ما adalah bersifat umum dan digunakan untuk muzakar atau muannas..
isim muzakkar (اسم المذكر) dan isim mu'annas (اسم المؤنث )


(lampu)ما هذا ..   هذا قلم  / كتاب  / دفتر  / مصباح  


YANG JAUH
Untuk benda yang jauh, kita menggunakan perkataan zlika...


ما ذلك  -  ذلك   كرسي  

Untuk muannas سم المؤنث )
ما هذهِ ...  هذهِ سبورة.... هذهِ  سيارة 

ما  تلك ... تلك مدرسة



Lain Lain perkataan istifham ialah...
وأمَّا الاستفهامُ، فهوَ طَلَبُ العلْمِ بشيءٍ، وأدواتُه الهمزةُ، و(هلْ)، و(ما)، و(مَنْ)، و(متى)، و(أيَّانَ)، و(كيفَ)، و(أينَ)، و(أنَّى)، و(كمْ)، و(أيُّ).

Khamis, 16 Januari 2014

Isim Isyarah

Sebuah video dari Indonesia membicarakan tentang Isim Isyarah....


 1. Untuk Jarak dekat / Lelaki
Haza...  هذا
 اسم  مذكر  khusus untuk lelaki
Contoh:  هذا  قلم    inin sebuah pen
Salah ....  هذا  سبورة  sebab haza khas untuk lelaki walhal sabuurotun itu perempuan

2. Untuk Jarak Jauh  -- Lelaki
Zalika  ....ذلك
Cotoh ...ذلك مِصْبَاحٌ

Sabtu, 11 Januari 2014

Haraf Nasab الناصبه

Haraf  (الناصبه) yang menasabkan fiil mudorek yang datang selepas haraf tersebut...

Tanda nasab ada lima, yaitu:
1. Fathah ( فتحة ), contoh : رايت زيدا 2.
2. Alif ( الف ), contoh: رايت اباك 3.
3. Kasroh ( كسرة ), contoh: رايت الهندات 4.
4.Ya’ ( ياء ), contoh:
زيدين رايت 5. Buang Nun ( حذف النون ), contoh: لن يضر بوا


Contoh Haraf Nasab


ان. لن. اذا. كى. لام كى. لام الجهود. حتى. الجواب بالفاء. الواو. واو